Sunday, October 26, 2008

Suara keadilan (22-29 Okt)


Suara Keadilan, Bil 152, edisi 22 -29 Oktober, muka surat 25, memaparkan rencana berkaitan dengan Program SEHARUM di Wilayah Persekutuan.

Sila dapatkan naskah anda sebelum terlambat.

SEHARUM - Wilayah Persekutuan 18 Oktober 2008







Program SEHARUM peringkat Wilayah Persekutuan telah berlangsung pada 18 Oktober 2008 di pejabat PKR Bandar Tun Razak. Seramai 62 orang hadir pada program ini dan mereka terdiri dari pelbagai peringkat termasuk Ketua Bahagian, pimpinan bahagian dan juga cawangan. Kertas2 kerja telah dibentangkan oleh tiga ahli panel iaitu ahli MPT Dr. Irene Fernsandez, Datuk Yeop Adlan dan juga oleh Pengerusi SKS / Naib Presiden PKR, Sdr Mustaffa Kamil Ayub. Selain dari pembentangan kertas kerja, peserta juga terlibat secara langsung secara berkumpulan didalam bengkel Pelan Agenda Tindakan berdasarkan kertas kerja yang telah dibentangkan.

Pada waktu tengahari, peserta berkesempatan ke rumah Hj. Ishak (SU bahagian BTR / penyelaras SEHARUM) untuk jamuan tengahari dan juga menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri beliau.

Friday, October 10, 2008

SEHARUM - Download Kertas Kerja

Berikut adalah diantara kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam Program SEHARUM:

1. Lima Janji
2. Merealisasikan Masyarakat Madani (oleh Sdr Mustaffa Kamil Ayub)
3. Pemimpin Prihatin Baru
4. Tadbir Urus Baik
5. Isu-isu Dasar Parti dan Peranan Kepimpinan Parti

Sila download files tersebut dan ianya boleh di implementasikan untuk seluruh peringkat, dari peringkat cawangan hinggalah ke peringkat tertinggi.

Cara download;

a. Copy link dibawah (satu persatu)
b. Buka new link / site / window ( "Control T")
c. Paste link tersebut
d. Click download
e. Enjoy reading

http://www.fantomshare.com/showfile-756/lima_janji.ppt

http://www.fantomshare.com/showfile-757/merealisasikan_masyarakat_madani.doc

http://www.fantomshare.com/showfile-758/pemimpin_prihatin_baru.ppt

http://www.fantomshare.com/showfile-759/tadbir_urus_baik.ppt

http://www.fantomshare.com/showfile-760/isu_isu_dasar_parti_dan_peranan_kepimpinan_parti.ppt

SEHARUM - Suara Keadilan (8-10 Oktober)



Suara Keadilan, Bil 150, edisi 8-15 Oktober, muka surat 18, memaparkan rencana satu muka penuh berkaitan dengan Program SEHARUM.

Sila dapatkan naskah anda sebelum terlambat.

Perjumpaan dgn Presiden - Sep 26, 2008




Pada Sep 26, 2008, AJK SKS yang diketuai oleh Sdr Mustafa Kamil telah membuat satu sesi taklimat kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (DSWA) di kediaman beliau.

Objektif utama pertemuan dengan Presiden PKR itu adalah untuk memberi lapuran terkini tentang program SEHARUM (Seminar Merealisasikan Harapan Baru Malaysia) yang telah dilaksanakan di beberapa buah negeri, perisian dan maklum balas dari peserta serta tindakan susulan yang akan dilakukan.

Sdr Mustaffa Kamil menjelaskan bahawa program SEHARUM ini merupakan satu platform dalam PKR untuk melatih dan menerapkan nilai-nilai dan keterampilan diri yang penting untuk melahirkan pemimpin berwibawa dari akar umbi hingga ke peringkat tertinggi. Program SEHARUM ini akan dilaksanakan si seluruh negara dari peringkat negeri, bahagian hingga ke peringkat cawangan bagi memastikan matlamatnya sampai ke akar umbi. Sdr Mustaffa Kamil juga telah mencadangkan supaya program SEHARUM ini menjadi salah satu program didalam Kongres Nasional Tahunan yang akan diadakan pada hujung tahun ini. . Secara keseluruhanya, DSWA telah memberi respon yang positif terhadap program SEHARUM ini.

Juga dimaklumkan, program seterusnya adalah peringkat Wilayah Persekutuan yang akan diadakan selepas Hari Raya Aidil Fitri

Ahli MPT, Pn. Animah Ferrar juga turut hadir.