Friday, January 9, 2009
Harakah (Bil 1404 8-11 Muharam 1430 / 5-8 Jan 09)
Harakah Bil 1404 (5-8 Jan 09) di dalam Kolum Fikrah (3 mukasurat) dimuatkan Interview Ekskusif bersama Sdr Mustaffa Kamil Ayub.
Headline artikel ini adalah "Serap SEHARUM dalam Pakatan Rakyat" dan didalam temubual bersama wartawan harakah, diantaranya Sdr Mus menyebut "Seharusnya kita lebarkan SEHARUM ini ke peringkat Pakatan Rakyat yang membabitkan PAS dan DAP supaya dalam konteks ini kita sedaya upaya menunaikan janji kita dalam Pilihanraya Umum lalu. Usaha awal itu telah ada. Ini kali pertama saya sebut soal keperluan itu dalam konteks Pakatan Rakyat"
Tahniah Sdr Mus. Semoga Program SEHARUM ini terus berjalan lancar dan dapat merealisasikan Harapan Baru untuk Malaysia.
Monday, December 1, 2008
Kongress Nasional 2008
Alhamdulillah Kongres Nasional Tahunan (KNT) yang bertemakan "Harapan Baru" telah berjalan dengan lancar dan meriah sekali di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28-30hb Nov 2008. Dianggarkan lebih dari 10,000 orang hadir.
Bersempena dengan Kongres ini yg temanya selari dgn program SEHARUM, Sekretariat SEHARUM dgn kerjasama emedia publications telah membuat satu pameran berkaitan dengan program SEHARUM. Setinggi2 penghargaan kpd Hj. Ishak dan warga kerja emedia yang berkerja keras menjayakan pameran ini.
Sepanjang KNT ini, seramai 6 pembahas telah menyentuh secara positif tentang program SEHARUM termasuk Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ketika ceramah perdana. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada program SEHARUM dan tahniah kpd kesemua ahli sekretariat SEHARUM.
Friday, November 28, 2008
SEHARUM - TERENGGANU
Pada 22hb Nov 2008 telah berlangsung program SEHARUM peringkat negeri Terengganu di Qurata Resort, Kuala Ibai. SEHARUM Terengganu ini merupakan pelengkap siri jelajah diseluruh negara dan bersempena dgn acara kemuncak ini, ianya mendapat suntikan istimewa dimana Ketua Umum PKR , Dato' Sri Anwar Ibrahim telah merasmikan majlis ini.
Majlis ini dihadiri oleh seramai 115 peserta mewakili semua 8 bahagian di Terengganu. Majlis ini juga dihadiri oleh kesemua bekas Ketua Perhubungan Negeri (KPN) seperti Sdr Abdul Rahman Yusof dan Cikgu Zulkifli. Selain dari itu YB Datuk Engku Hassan dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas juga turut hadir.
Secara keseluruhan majlis berjalan dengan begitu lancar sekali dan mendapat sokongan dan penglibatan sepenuhnya dari peserta2.
Petikan dari ucapan Dato' Sri Anwar Ibrahim :
- DSAI telah menekankan keperluan untuk membina kekuatan parti dengan mengukuhkan kerangka pemikiran dalam menjana pembaharuan.
- DSAI menyatakan bahawa program SEHARUM Terengganu merupakan penutup program peringkat negeri dan menyatakan ianya memberi sumbangan bermakna kepada proses merealisasikan Harapan baru untuk Malaysia.
Petikan dari ucapan Sdr Mustafa Kamil Ayub, Naib Presiden dan Pengerusi Sekretariat:
- SEHARUM Terengganu merupakan siri pelengkap iaitu siri ke 14 peringkat negeri. Menerusi maklum balas dan cadangan dari peserta, program ini akan seterusnya dilanjutkan ke peringkat bahagian pula.
- Satu Sekretariat Khas akan di ujudkan di Ibu pejabat PKR bagi memantau program2 yang menjurus kearah membina kerangka pemikiran serta agenda bertindak dalam merealisasikan Harapan Baru untuk Malaysia.
- Sdr Mustafa merakamkan setinggi2 penghargaan kepada semua pihak yang bersama menjayakan Program SEHARUM di seluruh nagara.
Saturday, November 22, 2008
video kasih sayang (latest) di youtube
Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=oplxwv2898c
(ada sedikit perubahan pada video asal)
(ada sedikit perubahan pada video asal)
Friday, November 21, 2008
HarakahDaily.Net - DSAI rasmi Seharum T'ganu
HarakahDaily Jumaat 21 November 2008 | 22 Dzulka'edah 1429 Hijrah
Anwar gempur Terengganu esok
Lapuran penuh:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18007&Itemid=1
Anwar gempur Terengganu esok
Lapuran penuh:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18007&Itemid=1
KUALA TERENGGANU, 21 Nov (Hrkh) -Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berkunjung ke Terengganu pada 22 November 2008 ini (Sabtu) bagi rasmikan majlis penutup Seminar Harapan Baru Malaysia (Seharum) peringkat negeri Terengganu di Qurata Resort, Kuala Ibai, dekat sini. Sejurus selepas itu, beliau akan merasmikan Pejabat Badan Perhubungan KeADILan Negeri Terengganu di Wisma Cemerlang, Jalan Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu. Setiausaha KeADILan Terengganu, Wan Rahim Wan Hamzah berkata Seminar Seharum itu diadakan secara tertutup khusus bagi para perwakilan KeADILan di seluruh kawasan di negeri ini. "Kita adakan seminar ini untuk mendapat suntikan semangat baru dari kepimpinan tertinggi parti sebagai persiapan menghadapai Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang. "Kita sedar selama ini KeADILan Terengganu masih kekurangan tenaga dan melalui program ini diharapkan dapat mengumpul kekuatan dan tenaga baru," ujarnya ketika ditemui di Pejabat KeADILan negeri Terengganu, semalam.
Thursday, November 20, 2008
Foto Seharum
Slm, untuk mengemaskini blog ini dan juga persediaan untuk Kongres Nasional, disini ingin meminta jasa baik dari rakan2 yang hadir di program seharum supaya menghantar foto2 semasa program seharum. setakat ini kita mempunyai foto2 dari program di pahang, sabah dan WP sahaja. Sila hantar ke: pkr.seharum@gmail.com. Kerjasama sdr/sdri amat dihargai.
Tuesday, November 4, 2008
SEHARUM: Merangsang Minda
Program sehari anjuran SEHARUM di Hotel Seri Malaysia di Temerloh pada 2hb November 2008 benar-benar merangsang minda untuk membawa parti kehadapan.
Amatlah diyakini bahawa 160 orang pimpinan PKR seluruh Pahang yang menyertai Kursus sehari itu akan membawa perubahan besar kepada Bahagian masing-masing.
Pahang adalah subur untuk pertumbuhan politik yang progresif kerana Negeri ini masih dihuni oleh lebih dari 70% mereka yang terlibat dengan pertanian dan sistem ekonomi pertanian yang masih mundur.
Kemiskinan yang melanda Negeri Pahang adalah sebahgian besarnya adalah dari penduduk kampong. Kecuali peneroka-peneroka Felda yang memilikki 10 ekar ladang sawit atau getah dan 1 ekar tanah kampong; kebanyakan petani-petani di Negeri Pahang memiliki kurang dari 3 ekar tanah.
Apabila harga sawit jatuh lebih rendah dari RM350.00 se tan dan harga getah jatuh dibawah RM2.00 bagi satu kilo, penduduk luar bandar di Negeri Pahang menggelungsur ke pendapatan dibawah paras kemiskinan. Keadaan kesukaran ini juga dirasakan oleh peneroka-peneroka Felda.
Pendapatan mewah dan kehidupan lumayan yang dirasakan oleh peneroka-peneroka Felda menjelang Pilihanraya ke-12 yang lalu dan beberapa bulan selepas PRU itu kini hanya tinggal kenangan dan mereka kembali kepada kehidupan yang asal.
Pekerja-pekerja dan kakitangan pejabat dan kilang tetaplah berhadapan dengan keadaan sukar kerana keadaan inflasi yang amat tinggi sekarang ini.
Didalam keadaan penduduk menghadapi kesukaran adalah keadaan yang amat sesuai untuk menerima pengaruh parti, ini membuktikan bahawa pihak BN sebenarnya tidak ada program ekonomi yang terancang untuk kepentingan golongan tani. BN hanya menyerahkan nasib petani-petani kepada kenaikan harga komoditi yang ditentukan semata-mata oleh turun-naiknya diperingkat global.
Kesukaran yang dihadapi oleh rakyat tidak bererti bahawa dengan sendirinya rakyat akan berduyun-duyun menyokong parti apatah lagi jika mereka masih dikongkong oleh pemikiran yang konservatif; bahkan kesusahan mereka itu boleh digunakan oleh BN untuk kepentingan mereka.
Apa yang perlu dilakukan oleh parti ialah benar-benar menyusun jentera parti, perbetulkan organisasinya, perkuatkan organisasi dan dengan kekuatan itu gunakan untuk menyusun massa dan pergerakan massa.
Inilah waktunya untuk memperbanyakkan organisasi (cawangan-cawangan) di peringkat bawah (kampong, bandar, pekan, lorong, kawasan perumahan dan sebagainya); inilah masanya untuk memperbanyakkan keahlian.
Program-program seperti lawatan-lawatan kesetiap kampong, libatkan diri dengan kerja-kerja di kampong-kampong seperti gotong royong, kenduri kendara, mengambil peduli tentang manusia yang dilanda kesusahan, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang-orang miskin, libatkan diri dengan hal-ehwal kemasyarakatan seperti PIBG, Masjid dan sebagainya.
Dimanakah kita dan apakah kita akan buat jika berlaku banjir, kebakaran, atau ribut yang merosakkan rumah anggota masyarakat?
Dari segi kerja parti pula, apakah yang kita lakukan untuk memperluaskan pengaruh parti, keahlian tidak boleh berkembang tanpa kerja, cawangan tidak boleh ditubuhkan tanpa kerja, program-program parti tidak boleh dilaksanakan tanpa mesyuarat dan kerja.Apakah pengisian "TURUN PADANG" kita?
SEHARUM telah memberikan guideline kepada kita dan kita juga telah dibekalkan dengan kertas-kertas kerja untuk panduan; apakah kertas-kertas kerja itu akan tinggal didalam bentuk dokumen yang akan kita simpan dirumah, sebagai suatu tambahan kepada dokumen-dokumen yang telah kita kumpulkan dari berbagai kursus yang kita telah hadiri?
Kursus SEHARUM itu bagus, mahukah kita menunggu lagi supaya diadakan sekali lagi Kursus yang bagus itu untuk kita dapat mengumpulkan satu set lagi kertas-kertas kerja?
Isi kepada kertas-kertas kerja itu mesti kita bawa kebawah. Adakan kursus untuk setiap kampong/cawangan agar setiap ahli kita mampu mempunyai pemikiran yang progresif, apa yang kita kursuskan adalah teori, iaitu teori progresif dan baik untuk penyusunan parti dan dengannya untuk memperkukuhkan organisasi kita dikalangan masyarakat.
Tetapi jika selepas Kursus yang bagus itu, kita masih bersikap seperti "dulu", maka datangkanlah "seribu kursus" yang bagus, keadaan parti kita tetap tidak berubah, dan janganlah kita tanyakan kenapa kita tidak menang dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya.
Program SEHARUM cukup bagus, tetapi kita yang menghadiri Kursus itu, adakah kita bagus?
Posted by Suhaimi Said at 12:23:00 PM 0 comments
Ehsan dari: http://pkrpahangdm.blogspot.com/
Ehsan dari: http://pkrbera.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)