Wednesday, August 20, 2008

SEHARUM: SABAH - 16 August 2008






Program SEHARUM keADILan SABAH telah berjaya dilancarkan baru-baru ini pada tanggal 16hb Ogos 2008, di IDAMAN Villa, Petagas, Kota Kinabalu, SABAH.

Idaman Villa kepunyaan Datuk Halik Zaman ini telah menyediakan ruang untuk Program SKS ini dilancarkan dengan sempurna. Seramai 108 orang pesrta telah hadir dari seluruh pelusuk negeri SABAH yang mewakili bahagian masing-masing.

Namun begitu kehadiran peserta sepatutnya lebih ramai lagi kerana lebih 50 orang pimpinan SABAH termasuk Dr. Jeffry dan Haji Ansari telah berada di Permatang Pauh waktu itu.

Pimpinan SABAH rasa terharu walaupun PKR waktu ini sibuk di Permatang Pauh, Sdr Mustaffa Kamil Ayub dan YB Tian Chua sudi hadir bersama mereka untuk membantu dalam urusan pentadbiran Parti dan Program SKS.

Sebelah malam mereka berdua telah berceramah di Penampang.

No comments: