Friday, October 10, 2008

Perjumpaan dgn Presiden - Sep 26, 2008




Pada Sep 26, 2008, AJK SKS yang diketuai oleh Sdr Mustafa Kamil telah membuat satu sesi taklimat kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (DSWA) di kediaman beliau.

Objektif utama pertemuan dengan Presiden PKR itu adalah untuk memberi lapuran terkini tentang program SEHARUM (Seminar Merealisasikan Harapan Baru Malaysia) yang telah dilaksanakan di beberapa buah negeri, perisian dan maklum balas dari peserta serta tindakan susulan yang akan dilakukan.

Sdr Mustaffa Kamil menjelaskan bahawa program SEHARUM ini merupakan satu platform dalam PKR untuk melatih dan menerapkan nilai-nilai dan keterampilan diri yang penting untuk melahirkan pemimpin berwibawa dari akar umbi hingga ke peringkat tertinggi. Program SEHARUM ini akan dilaksanakan si seluruh negara dari peringkat negeri, bahagian hingga ke peringkat cawangan bagi memastikan matlamatnya sampai ke akar umbi. Sdr Mustaffa Kamil juga telah mencadangkan supaya program SEHARUM ini menjadi salah satu program didalam Kongres Nasional Tahunan yang akan diadakan pada hujung tahun ini. . Secara keseluruhanya, DSWA telah memberi respon yang positif terhadap program SEHARUM ini.

Juga dimaklumkan, program seterusnya adalah peringkat Wilayah Persekutuan yang akan diadakan selepas Hari Raya Aidil Fitri

Ahli MPT, Pn. Animah Ferrar juga turut hadir.

No comments: