Sunday, October 26, 2008

SEHARUM - Wilayah Persekutuan 18 Oktober 2008







Program SEHARUM peringkat Wilayah Persekutuan telah berlangsung pada 18 Oktober 2008 di pejabat PKR Bandar Tun Razak. Seramai 62 orang hadir pada program ini dan mereka terdiri dari pelbagai peringkat termasuk Ketua Bahagian, pimpinan bahagian dan juga cawangan. Kertas2 kerja telah dibentangkan oleh tiga ahli panel iaitu ahli MPT Dr. Irene Fernsandez, Datuk Yeop Adlan dan juga oleh Pengerusi SKS / Naib Presiden PKR, Sdr Mustaffa Kamil Ayub. Selain dari pembentangan kertas kerja, peserta juga terlibat secara langsung secara berkumpulan didalam bengkel Pelan Agenda Tindakan berdasarkan kertas kerja yang telah dibentangkan.

Pada waktu tengahari, peserta berkesempatan ke rumah Hj. Ishak (SU bahagian BTR / penyelaras SEHARUM) untuk jamuan tengahari dan juga menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri beliau.

No comments: