Tuesday, November 4, 2008

SEHARUM : PAHANG - 2 Nov 2008

Program Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia (SEHARUM )

Salam pada semua pendokong Pakatan Rakyat,

Program Seminar Harapan Baru Untuk Malaysia (SEHARUM) yang berlangsung ketika ini di Dewan Jelawat, Hotel Sri Malaysia Temerloh begitu meriah dan mendapat sambutan hangat dengan kehadiran kini telah mencecah seramai 300 orang.



Program ini yang dikepalai oleh Sdr Mustafa Kamil Ayub, Naib Presiden PKR ini telah pun dimulai diseluruh negara semenjak 4 bulan lalu turut dihadiri oleh Sdr Shamsul Iskandar Akin selaku ketua AMK Malaysia. Hampir kesemua pimpinan utama PKR negeri Pahang yang diketuai oleh Sdr Zakaria Abd Hamid (Pengerusi PKR Pahang) hadir bersama pimpinan-pimpinan PKR Bahagian di seluruh negeri Pahang.

Pembentang-pembentang Kertas Kerja terdiri daripada YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan merangkap Timbalan Pengarah Pilihanraya KeADILan, Sdr Fauzi bin Abdul Rahman, bekas Timbalan Menteri, Sdr Hj Abas Awang, Ketua PKR Bahagian Bera, Sdr Mustaffa Kamil Ayob, Pengarah SEHARUM, Sdr Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda KeADILan.

Sekretariat terdiri daripada Sdr Adnan Md Lazim, Nurul Huda binti Mohd Zainuddin, Sdr Man Kadir bin Abd Manap,Rizan Hj Ali, Secretariat IT dan Setiausaha PKR Bahagian Bera serta petugas-petugas khas, Sdr Suhaimi Said, Sdr Hafez Harun, Sdr Azmi Zainun dan petugas-petugas dari Bahagian-Bahagian.

Setiap Bahagian PKR Pahang diwakili oleh 10 orang perwakilan.

Agenda:
8.00 - 8.30 pagi --- Pendaftaran
8.30 - 10.30 pagi -- Kertas kerja Pertama
10.30 - 11.00 pagi --- Minuman Pagi
11.00 - 1.00 pagi --- Kertas-Kertas Kerja Kedua
2.00 - 4.00 ptg --- Bengkel Pelan Agenda Tindakan
4.00 - 5.30 ptg --- Pembentangan Rumusan, Penyampaian Sijil, Minum Petang, Bersurai

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr Azwan bin Haji Ramli yang menyediakan kemudahan IT.

Laporan semasa oleh Rizan Hj Ali dan Hj Suhaimi Said.

Ehsan dari: http://pkrpahangdm.blogspot.com/

Ehsan dari: http://pkrbera.blogspot.com/

No comments: